Monday, August 9

RoadTax, Insurance, MyEG, Geran, Saman...

Rabu, 4/8/10
Hmmm.. roadtax & insurance akan mampus akhir bulan nih.. Call Mama & Papa tanya mana geran? Derang saling menuduh sebab geran hilang.. Last year derang setelkan sbb kitorang kat US. Call Ana tanya nak wat camner kalau geran ilang? Ana cakap taper leh wat thru MyEG.. Ana cakap dia tolong watkan.. Tak lama pehtu, Ana call cakap insurance dah renew, roadtax takleh renew sebab ada saman blacklisted.. Dia suh cepat2 bayar dalam masa seminggu kalau x insurance kene reinstate, dia malas nak wat.. Ok, esok ita gi polis trafik bayar.. dekat je ngan umah ni...

Khamis, 5/8/10
The whole day hujan, camner nak gi polis trafik dengan nak menghangkut Faheem.. kalau x ujan leh la hangkut budak tuh skali.. inform Ana..

Jumaat, 6/8/10
Farris cuti, tinggalkan Faheem kat daddy dia.. Gi polis trafik cawangan Kota Damansara.. kata nak bayar saman.. polis tuh cakap, sini wat laporan eksiden je.. takleh bayar saman.. kalau nak bayar gi kat Curve tp bukak kul 4pm.. kalau x, pegi PJ Old Town or KL terus.. isk Farris cuti sbb nak balik kampung, kalau dah pukul 4 baru nak gi bayar saman bilanye nak balik kampung.. nak merayap ke PJ old town or KL ari ni ari jumaat.. carik nahas la, sure jem seme tempat.. Call Papa, citer seme mende kat dia.. Papa kata nanti pas smayang jumaat dia try bayarkan kat polis trafik mentakab.. Petang kitorang dah sampai Mentakab.. Papa kata dia gi try bayar.. Polis cakap server down nak check saman pun tableh inikan pulak nak bayar.. Ari Sabtu n Ahad takleh bayar.. kene tunggu ari Isnin gak

Isnin, 7/8/10
Sebelum masuk keje, Farris terus gi Bukit Aman dulu.. check n bayar saman.. dia sronot sebab tarikh saman masa tu dia gi outstation.. So saman speedtrap tuh konfem aku la yang drive kan? Kitorang sebelum ni pun saling menuduh sape punya saman tu.. Hehehe... Call Ana inform, Ana kata sbb renew without geran, kene tunggu system update dlm MyEG.. lepas 24 jam baru leh try.. So Ana try esok la

Kesimpulan, x setel lagi mende ni.. Esok setel la kot.. Are-t, u r not alone.. hehehe.. Ita pun takleh renew roadtax, kene clear saman dulu... hahahah.. Kepada pembaca sekalian jangan drive laju2, tapi kalau drive perlahan akan menyebabkan mengantuk lalu chances untuk eksiden lagi tinggi.. drive je la laju2 then bayar saman..

Kitorang penah convoi 2 kereta.. convoi tau bukan racing potong each other.. end up both kereta kene speedtrap kat area yang sama.. mmg dasar laki bini bawak laju..kalau bawak perlahan x pasal2 masuk gaung kat karak hiway tu, so kami pilih untuk melanggar undang2 halaju :P

2 comments:

  1. Panjangnya hari membayar saman kau..
    Kawan aku x bayar saman siap x boleh renew license skali.. Rasainn aku pon ada saman speedtrap jugak.. Bulan 10 lak tu lesen dgn roadtax mati..

    ReplyDelete
  2. hmm.. baru ari ni setel roadtax aku.. kawan aku ada gak takleh renew lesen.. aku x tau la, last skali aku renew utk 3 tahun terus masa tahun 2008.. 2011 baru mati.. simpan duit ar, sure berduyun lagi saman aku.. tiap2 tahun aku dihantui saman speedtrap

    ReplyDelete