Tuesday, August 17

Misi 10 hengget

Smalam gi PARAM dengan membawa harapan tanak membazir.. kata lapar, nanti tengok seme bende pun nak beli.. Pembelian utk seorang sahaja, ye la.. faheem minum susu jer, daddy dah outstation.. jadah rajin beno nak masak utk sorang kan?

Apa yang telah dibeli?

Nasi
Ayam - RM4.50
Sedap jugak.. duk carik mana cicah lada x jumpa.. dalam hati cakap, pakcik nih lupa bagi kot.. kicap je ada.. konfiden curah semua kicap atas ayam.. eh? knapa kicap ni ada texture, oh shyt! lada kene blend skali dgn kicap.. mcm cicah soto tu.. ampes, pedas nasi ayam aku..

Air
Soya - RM2
Nasib baik air soya nih dapat satu jug.. nasi ayam pedas amat.. leh tonggang air soya byk2.. actually air soya tu x habes pun, sambung minum time sahur

Murtabak Ayam - RM2.50
Apahal la murtabak ni nipis n koneng amat ni.. gila x menarik.. surprisingly sedap la pulak ke aku lapa? kesimpulan don't judge a book by its cover

Kuih kaler ijau salut kelapa + syrup gula melaka, 3 ketul - RM1
Tak tau la apa nama kuih ni.. Mulut makcik jual ni mmg tader insurans tau.. Ada ke tanya "amoi, amoi tau ke makan pulut ni?" Aku jawab.. "uish x baik panggey amoi2, saya puasa tau".. Makcik tu jawab balik.."la melayu ke?".. kuih dia sedap so mulut makcik ni dimaafkan.. eh x puas ati la, nak google jap gambar kuih tu..

Ini dia kuihnya.. nama kuih tu rupernyer kuih lopes.. googled tadi dengan keyword "kuih pulut warna hijau" nasib baik jumpa.. ahahah.. picture credit to perantaukitchen fotopages.

So misi berjaya tepat 10 hengget & kekenyangan amat.. Kebetulan ari nih seme mende sedap.. Lepas makan, anak beranak cam ular sawa.. by 8.45pm Faheem nak tdo.. pastuh mummy dia join tdo.. Arrr, Jes.. smalam masa bukak pose, Faheem aku bagi tengok bola.. x tau ulang tayang game mana.. asal budak tuh diam n aku leh makan dengan aman.. kalau dia mood nak bergentel ie ada orang kene layan dia.. letak je bumbo seat atas meja pehtu dia pandang kitorang makan sambil main buih2 air liur.. masa gambar ni diambil, masih kitorang.. skarang dah jadi singular.. *pose ibu tunggul* kalau cakap ibu tunggal macam doa plak.. so aku claim jadi ibu tunggul je la

12 comments:

  1. kuih lopes selalunya bentuk 3 segi, makcik takde insurance tu buat pelik sket..boolat plak lopes dia. asal usul mana eh kuih nih? siap nama cam org spain haha

    tahniah kerana misi rm10 berjaya! :p

    ReplyDelete
  2. good boy. faheem tlg jaga mama eh?

    ReplyDelete
  3. Cik C : yg 3 segi tuh slalu org bungkus dalam daun pisang. Kalau tahap bulat nih tandanya bungkus dalam alummunium foil pastu steam..

    Ita : Tag 'my gendut potato' tuh represent Faheem kah?

    ReplyDelete
  4. cik c >> kuih lopes ni resipi turun temurun family mario lopez kot..

    yoa >> aah, faheem jaga mommy.. ada faheem way rasa better.. last 2 years bukak pose surang2 mcm sedeh je.. last year puasa di perantauan lg sedeh.. this year bukak pose ada dia mcm x terasa ngat.. ada teman :)

    ilot >> aah, tag my gendut potato tu adalah faheem.. ko x rasa dia mcm seketul potato ke? ayah aku langsung panggey dia "getah buku"

    ReplyDelete
  5. Keji tau panggil Faheem Getah beku..

    ReplyDelete
  6. Keji tau panggil Faheem Getah beku..

    ReplyDelete
  7. ahahah.. ayah aku cakap zaman dia kecik dia kutip getah sekerap.. pastuh getah sekerap tu disatukan so jadi seketul besar.. indirectly dia nak ckp faheem seketul besar mcm getah buku tu

    ReplyDelete
  8. amoi oh amoi =P can u believe i haven't been to a single param yet? =(
    kesedihan.

    ReplyDelete
  9. update: i went to param yesterday! terinspired by u to spend within my means. raked up about rm13 kot for everything. n wasted rm 3.50 worth of food - rm1 for apamalek liat, and the remainder for bihun yg si kecik tak habiskan. chis.

    ReplyDelete
  10. lily >> yesterday i bought RM2 bubur kacang merah that i tot is bubur pulut itam.. fyi, i hate kacang merah so much that i always ask no kacang merah everytime order ABC.. so the whole bekas masuk tong sampah.. macam buang 2 hengget dlm tong sampah la :(

    ReplyDelete
  11. kacang merah itu kidney bean kah? i tak brape minat kacang jugak, but i can tolerate bubur kacang hijau itu... (er, is that the one yg kalau kite tanam jadi toge? hahaha i pun tatau).

    ReplyDelete
  12. bukan kidney bean.. size dia kecik cam kacang hijau tp kaler merah.. kacang hijau tu mmg tanam jd toge.. i'm wondering toge besar drpd kacang mana eh?

    ReplyDelete